Pendawaian Elektrik PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 15 July 2009 06:11

 

 

Objektif

Melatih belia-belia lepasan sekolah dengan kemahiran dalam bidang menjalankan kerja-kerja Pendawaian Elektrik mengikut had kebenaran yang ditetapkan oleh Akta dan Peraturan Bekalan Elektrik. Pelajar juga bertanggungjawab menyelenggara alatan serta Sistem Elektrik yang digunakan oleh Industri dan Domestik.


Persijilan

Persijilan adalah dibawah kawalselia Suruhanjaya Tenaga (ST).  Belia yang berjaya menamatkan kursus dengan jayanya akan dianugerahkan Sijil Pendawai Elektrik Satu atau Tiga Fasa Dengan Endorsan.



Tempoh Pembelajaran

PW2 — Pendawai Elektrik 1 Fasa Dengan Endorsan; 24 bulan

PW4 — Pendawai Elektrik 3 Fasa Dengan Endorsan; 12 bulan


Kelayakan Masuk

PW2 — Memiliki SPM/SPMV.

PW4— Memiliki PW2 atau PW3.



Syarat-syarat Umum

1. Warganegara Malaysia.

2. Belum berkhawin.

3. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.

4. Berumur antara 18 - 30 tahun.

5. Tiada rekod jenayah atau penyalahgunaan dadah.

6. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran dalam bidang yang sama dari mana-mana institutsi kecuali tahap yang berlainan (lebih rendah dari tahap yang dipohon).



Prospek Kerjaya

1. Juruelektrik

2. Usahawan dalam bidang berkaitan.

3. Tenaga pengajar di institusi kemahiran.

Last Updated on Tuesday, 29 June 2010 08:48
 
footer