| Soalan Lazim |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Wednesday, 24 June 2009 07:57 |
|
Q : Apakah fungsi sesebuah IKBN? A : IKBN berfungsi sebagai sebuah Pusat Latihan Kemahiran yang melatih bidang kemahiran dan ketukangan secara latihan vokasional melalui silibus serta learning guide yang sesuai dengan dasar Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Q: Bagaimanakah untuk memohon memasuki IKBN? A: Untuk memasuki IKBN, sesi pengambilan dibuat 2 kali setahun dan akan di iklankan di surat khabar dan juga ruang portal IKBN Bukit Mertajam.Permohonan adalah secara on-line melalui laman web Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. http://www.kbs.gov.my/
Q :Apakah syarat-syarat untuk kemasukan ke IKBN? A : Antara syarat-syarat untuk memasuki IKBN ialah :-
Q : Adakah para pelajar di IKBN dibayar elaun wang saku? A : Setiap pelajar akan di bayar elaun wang saku di antara RM100 - RM300 mengikut jurusan pengajian.
Q : Bagaimana dengan tempat penginapan dan makan minum? A: Makan minum dan penginapan akan dibiayai oleh Kementerian sepanjang tempoh latihan di IKBN
Q: Apakah yang boleh didapati di IKBN Bukit Mertajam? A: IKBN Bukit Mertajam menyediakan semua kemudahan latihan kemahiran, kelas-kelas teori, agama Islam, komputer, Bahasa Inggeris, keusahawanan, moral dan tatanegara. Disamping itu IKBN Bukit Mertajam menyediakan semua kemudahan sukan dan riadah. |
| Last Updated on Thursday, 08 July 2010 07:40 |














