|
Written by Administrator
|
|
Monday, 22 June 2009 06:05 |
|

KURSUS ELEKTRONIK INDUSTRI
Objektif
Melatih belia-belia lepasan sekolah dengan kemahiran dalam bidang Elektronik Industri berasaskan sistem Hydraulik, pneumatik , automasi dan elektronik.Bidang ini membolehkan mereka mendapat pekerjaan di sektor industri elektronik sama ada di jabatan kerajaan, swasta atau membuka perniagaan sendiri.
Persijilan
Persijilan adalah dibawah kawalselia Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Belia yang berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) mengikut tahap yang diikuti.
Kelayakan Masuk
Tahap 1 : Memiliki sekurang-kurangnya SPM/SPMV.
Tahap 2 : Memiliki SKM Tahap 1.
Tahap 3 : Memiliki SKM Tahap 2.
Tahap 4 : Memiliki SKM Tahap 3
Syarat-syarat Umum
1. Warganegara Malaysia.
2. Tidak rabun warna .
3. Belum berkhawin.
4. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.
5. Berumur diantara 18 - 30 tahun.
6. Tiada rekod jenayah dan penyalahgunaan najis dadah.
7. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran dalam bidang yang sama dari mana-mana institusi kemahiran kecuali bagi tahap yang berlainan (lebih rendah dari tahap yang dipohon).
Prospek Kerjaya
1. Juruteknik / jurutera / penyelia bidang elektronik di sektor awam atau swasta.
2. Usahawan dalam bidang elektronik.
3. Tenaga pengajar di institusi latihan kemahiran di sektor awam atau swasta.
|
|
Last Updated on Tuesday, 16 March 2010 09:07 |