Elektronik Audio Visual PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 22 June 2009 05:00

 

 

KURSUS ELEKTRONIK AUDIO VISUAL



Objektif

Melatih belia-belia lepasan sekolah dengan kemahiran dalam bidang Elektronik Audio Visual dengan menekan pembelajaran menggunakan asas elektronik serta komponen utama seperti tv dan radio. peningkatan tambahan yang telah diserapakan adalah kaedah mengedit filem dan suara serta gambar bagi pembentukan visual. Pelajar memepunyai prospektif mendapatkan pekerjaan di sektor industri pembinaan sama ada di jabatan kerajaan, swasta atau pun bekerja sendiri.



Persijilan

Persijilan adalah dibawah kawalselia Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Belia yang berjaya menamatkan kursus dengan jayanya akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap yang diambil.



Kelayakan Masuk

Tahap 1 — memiliki sekurang-kurangnya
SPM/SPMV.

Tahap 2 — memiliki
SKM Tahap 1.

Tahap 3 — memiliki
SKM Tahap 2.



Syarat Umum

1. Warganegara Malaysia.

2. Belum berkhawin.

3. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.

4. Berumur diantara 18 - 30 tahun.

5. Tiada rekod jenayah atau penyalahgunaan najis dadah.

6. Belum pernah mengikuti latihan dalam bidang yang sama dari mana-mana institutsi kemahiran kecuali bagi tahap yang berlainan (lebih rendah dari tahap yang dipohon).



Prospek Kerjaya

1. Juruteknik/Penyelia sama ada sektor awam atau swasta.

2. Usahawan Industri Kontraktor.

3. Tenaga pengajar di institusi latihan kemahiran.

 

Last Updated on Friday, 05 March 2010 06:40
 
footer