Latar Belakang Agensi PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 15 June 2009 04:05

 

 

PENGENALAN 

Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam atau IKBNBM ialah institusi latihan kerajaan yang berfungsi menghasilkan pekerja-pekerja yang mahir dan separuh mahir untuk keperluan Negara yang pesat membangun khususnya, di bidang perindustrian. Bagi mempercepatkan proses pengeluaran pekerja yang berkualiti tinggi, sejumlah sembilan buah IKBN telah dicadangkan di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh. Salah satu daripadanya adalah IKBN Bukit Mertajam, di Pulau Pinang dengan kos pembinaaannya sebanyak RM61,694,000.00.

  Kampus Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam Pulau Pinang dibina di atas tanah seluas 19.5 ekar. Lot-lot yang terlibat di dalam rancangan pembangunan ini iaitu lot 128, 129, dan 130 Mukim 18 Daerah Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tapak rancangan pembangunan ini terletak di antara perjalanan dari Berapit ke Mengkuang Titi iaitu 6.8 km. ke utara Pekan Bukit Mertajam dan lebih kurang 13.5 km. ke barat Butterworth. Tapak ini dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan.

LATIHAN KEMAHIRAN
Institut ini merupakan pusat kecemerlangan dalam bidang Elektrik dan Elektronik yang boleh menampung pelajar purata 950 orang pelatih semasa. Institut ini juga menjalankan beberapa kursus jangka pendek dan jangka panjang. Terdapat empat (4) sekolah kemahiran yang mempunyai beberapa kursus di dalam bidang kemahiran dari SKM Tahap 1, Tahap 2, Tahap 3 dan peringkat Diploma yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional (MLVK) dan Suruhanjaya Tenaga (ST). Terdapat empat buah sekolah iaitu:-

SEKOLAH ELEKTRIK
1. Jurusan Pendawaian Elektrik
    (sesi pertama Julai 2003)

2. Jurusan Penjaga Jentera Elektrik
    (sesi pertama Julai 2004)

SEKOLAH ELEKTRONIK
1.  Jurusan Teknologi Elektronik Industri
    (sesi pertama Julai 2003)

2.  Jurusan Teknologi Elektronik Audio Visual

    (sesi pertama Januari 2005)

SEKOLAH MEKANIKAL
1.  Jurusan Pembuat Acuan & Perkakasan (Alat Tekan)
   (sesi pertama Julai 2003)

2.  Jurusan Penyenggaraan Industri
    (sesi pertama Julai 2003)

3. Jurusan Pemesinan CNC
    (sesi pertama Julai 2003)

SEKOLAH PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMAN UDARA
1.  Jurusan Penyejukbekuan & Penyaman Udara (Domestik)
   (sesi pertama Julai 2003)

2.  Jurusan Penyejukbekuan & Penyaman Udara (Komersial)
   (sesi pertama Julai 2004)




 

 

Last Updated on Monday, 21 December 2009 06:37
 
footer