Get Adobe Flash player

LAWATAN MALAYSIA-JAKARTA

There are no translations available.

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR  BAGI TAHUN 2012 ANJURAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN DI BAWAH AKAUN AMANAH LATIHAN KHAS IKBN/IKTBN

 

Satu Program Lawatan Sambil Belajar Malaysia ke Jakarta Bandung telah dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di bawah Tabung Amanah Latihan Khas IKTBN/IKBN pada 17 November 2012 hingga 21 November 2012. Lawatan ini adalah bertujuan untuk menambahkan pengetahuan baru dan memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai IKBN dalam meningkatkan mutu dan kualiti latihan yang sediaada.

Seramai 23 orang ( terdiri 4 buah IKBN ini terdiri daripada IKBN Alor Gajah, IKTBN Sepang, IKBN Bukit Mertajam dan IKBN Dusun Tua) telah menyertai lawatan ini yang diketuai oleh Tuan Pengarah IKBN Alor Gajah, iaitu Encik Mohd Nizam Bin Ismail. Pegawai IKBN Bukit Mertajam yang telah terpilih menyertai program ini adalah seramai 7 orang. Mereka adalah Encik Razman bin Mustafa Ketua Jabatan Mekanikal, Encik Rohazaidi bin Mohd Ali Piah pengajar jabatan Mekanikal, 4 orang dari Jabatan Elektrik iaitu Pn. Sabarina Bt Ismail, Encik Mohd Haswadi bin Mohamed Zain, Encik Ahmadazmi Bin Misnan , Encik Azari Bin Abas manakala dari Bahagian Pentadbiran Puan Jamilah Bt Othman.

 

 Gambar Kakitangan IKBN bergambar bersama kakitangan Politeknik TEDC Bandung

SERTAI KAMI

 


   1MTC   YESIKBN  TWITER IKBN   FACEBOOK IKBNBM   FACEBOOK 1M4U   PORTAL 1M4U   TWITER 1M4U

 

SEARCH

LANGUAGES